Salam :)
“Dialah yang mencipta mati dan hidup untuk menguji siapa di antara kamu yang paling baik amalannya”
-Surah Al-Mulk. Ayat 2-
Tertarik
untuk melarikkan pena berkaitan isu ini. Hasil cetusan seorang kenalan
rapat. Ubat satu bahan yang menjadi inspirasi buat para doktor untuk
membawa cahaya harapan bagi sang pesakit. Malah menjadi satu entiti
misteri dan sangat menakutkan buat sang pesakit untuk dihadapi.
Rata-rata menganggap ubat adalah satu objek misteri dan amat magik untuk
difikirkan.
Ada
satu kisah tentang seorang lelaki yang disabitkan dengan penyakit
kronik lagi membahayakan nyawa. Hanya ditilik memiliki hari-hari yang
singkat sahaja untuk terus bernafas di bumi Illahi. Apalah daya agaknya
tika mengetahui ajal akan tiba tidak berapa lama. Sedih bukan kepalang.
Namun kecekalan hati, untuk meneruskan misi sebagai manusia dan khalifah
dibumi Illahi, hidup diteruskan dan diisi dengan kegembiraan dan
kesyukuran. Senyuman dan tawa sering menjadi penghias hari-hari terakhir
lelaki itu. Dia tak pernah kecewa dengan takdirnya, dia tak pernah
mengeluh suratan kehidupannya. Tetapi dia terus gagah, dan tabah
menongkah hari-hari hidupnya. Hinggalah dia yang ditakdirkan hanya
memiliki talian nyawa sehingga enam bulan, terus bisa bernafas
menjangkau tilikan doktor. Takdirnya terus bersinar, dia menjumpai
seorang gadis yang berpekerti mulia, dan itulah jodoh buatnya. Mereka
sangat bahagia, kehidupan dilingkari gurau senda, akhlak mulia sebuah
keluarga, juga rezki yang melimpah ruah. Tidak ketinggalan dianugerahkan
cahaya mata yang comel. Alangkah asyiknya kehidupan mereka, sehingga
lelaki itu lupa akan penyakitnya. Benar-benar lupa.
Namun
apakan daya. Janji Allah itu pasti. Setiap yang bernyawa pasti akan
menemui penghujung hayatnya. Yang bermula pasti akan diakhiri. Tiba satu
saat, dia mula menampakkan keadaannya yang sebenar. Dia menghidap
penyakit kanser paru-paru dan juga tumor di otak. Sebenarnya dia
merahsiakan penyakit yang dihadapi daripada isterinya. Apabila isteri
kesayangannya mengetahui hakikat itu, si isteri terus mengalirkan
airmata. Si isteri tak menyangka, suami yang sering menghiburkan
hatinya, mengisi ruang-ruang disisi hidupnya, bakal pergi buat
selama-lamanya. Namun, si isteri terpaksa tabah, dia terpaksa menangis
didalam hati, kerna tak mahu melemahkan semangat dan kecekalan suami
tercinta. Dia meladeni
sang suami dengan sepenuh kasih sayang, kerana itulah kasih sayang yang
terakhir dapat dia berikan sebelum suaminya dijemput Illahi. Lelaki itu
terus tabah. Mengisi ruang-ruang masa terakhirnya bersama insan-insan
tercinta.
Akhirnya,
dia tidak mampu lagi untuk bertahan. Tepat jam sepuluh pagi, hari
jumaat, sambil disisi keluarga terdekat, turut didampingi isteri
tercinta, dan diapit chaya matanya yang masih kecil lagi,dan masih lagi
belum sempat memanggil nama gelaran ayah buatnya, dia menghembuskan
nafasnya buat terakhir kali. Alangkah manisnya dia, sebelum dia pergi,
dia sempat memohon keampunan dari semua. Pemergiannya amat dirasai.
Lebih-lebih lagi buat si isteri yang menanti dengan tabah, anak kecil
yang belum mengerti falsafah kehidupan, juga keluarga yang banyak
berjasa buatnya.
Dia pergi meninggalkan falsafah kecekalan hidup buat insan-insan yang
hilang harapan. Harapan untuk terus bahagia meniti hari-hari akhir
kehidupan.
Inilah
secebis kisah kehidupan. Hidup sentiasa berputar. Apabila kita ditimpa
musibah, itu bukanlah satu penamat kehidupan, tetapi sebagai ujian agar
kita lenih tabah dan kuat. Ubat bukan penyelesaian masalah, tetapi
sebagai satu kaedah menyelesaikan masalah. Kadang-kadang semangat yang kuat, jiwa yang kental, dan redha dengan ketentuan Illahi, adalah ubat yang paling mujarab merawat jiwa. Kebergantungan hidup kepada ubat-ubatan adalah tipikal. Namun tak salah bergantung kepada ubat-ubatan, kerna itu adalah sebuah harapan.
Apabila
ujian itu kita terima, sebaik-baiknya adalah sabar. Memang sukar untuk
merealitikannya, mungkin akan timbul dibenak masing-masing, “cakap senang la, cuba sendiri yang kena”.
Kita tak mampu berbuat apa-apa kecuali berusaha dan tabah dengan ujian.
Segala-gala yang terjadi dan tercipta ada hikmahnya. Cuma kita yang tak
nak memahaminya.
<a
href="http://www.mylivesignature.com" target="_blank"><img
src="http://signatures.mylivesignature.com/54489/164/D1677544939603D0E057DB7DC29B53C7.png"
style="border: 0 !important; background: transparent;"/></a>
No comments:
Post a Comment