action speaks !

Salam.

kadang-kadang manusia melakukan kesilapan namun tidak mahu meminta maaf walaupun tahu akan kesalahan itu. kadang-kadang manusia terkasar bahasa namun tidak mahu memperbaiki diri sedangkan beliau tahu keadaan sebegitu tidak sepatutnya beliau lakukan. kadang-kadang beliau tahu apa yang dilakukan olehnya itu adalah salah sama sekali, namun untuk menutup kesalahan itu, beliau mula menembak orang lain untuk menutup kesalahan beliau.

persoalan : kenapa hal ini terjadi ?
kemungkinan :
1) ego beliau terlalu tinggi
2) beliau seorang manusia yang suka menegakkan benang yang basah
3) beliau tidak mahu untuk mengambil risiko.

kepada manusia yang terasa, sila ambil perhatian.

1) kebijaksanaan tidak lagi menjadi kebijaksanaan apabila seseorang itu terlalu ego untuk menangis.
2) tolonglah sedar kerana benang yang basah tidak akan boleh ditegakkan kecuali anda meng-ironkannya.
3) hidup tanpa risiko umpama hidup dalam bayang-bayang sendiri.

sekian, Terima kasih.

No comments:

Post a Comment