sayang,
ku bawa jauh diriku
kerana aku telah tahu
kau bukan milikku
sayang,
sesungguhnya bukan mudah
untuk aku jalani hidup ini
tanpa kau disisi
sayang,
jauh disudut hati
aku masih bermimpi
mimpi yang indah
berharap esok kau kembali
sayang,
jauh disudut hati
ada waktunya
aku masih berdoa
kau pulang semula.
sayang,
biarku mengingatimu
biarku gantung harapan
hingga sampai nanti
nafas terakhirku.
sayang,
walaupun aku tahu
kau tak mungkin kembali
namun aku bukan siapa-siapa
untuk menghalang ketentuanNya.
sayang,
walaupun aku cukup sedar
kau tidak mahu melihat
aku dalam keadaan begini
namun aku tak berdaya melupakanmu.
sayang,
cintamu yang lalu
masih aku terasa
seperti baru semalam
kau menyambut seruanNya.
sayang,
kenangan bersamamu
masih aku terasa
namun kutabahkan hati ini
untuk meneruskan hidup ini.
sayang,
disaat aku memerlukanmu
kau pergi meninggalkan aku
tanpa pesan dan jejak
tahukah kau betapa peritnya hidup ini ?
sayang,
aku sedar
jika aku mencintaimu
tidak bererti bahawa
aku harus milikimu selamanya.
sayang,
kau hilang terus kau menyepi
tewasku bila ketahui
hancur hatiku
menjadi berkeping-keping.
YA ALLLAH MAHA PEMURAH DAN MAHA PENCIPTA
terima kasih atas pertemuan
antara aku dan dia
jika nyata bukan dia pemilik hatiku
kikiskanlah pesonanya
dari kedua mataku
dengan kelebihan dan kekurangan yang ada
bahagia kanlah dia ku doakannya
padaMU kupohon sucikan hatiku
sehingga dapat melaksana
kehendak dan rencanaMU
AL-FATIHAH , ahmad syukri mohd yani.
nnmz , sevens
No comments:
Post a Comment