Fakta tak faham untuk difahamkan

Bila surat khabar muka depan cakap pasal anak buang mak dalam hotel -- SEMUA percaya -- terus hukum anak yang buang mak.

TAPI.

bila suratkhabar muka depan cakap pasal politik-- SEMUA terus laung "PERCAYE LA SURAT KHABAR PENIPU BLABLABLABLA"

*pause*


weird.

*pause*

Sebab itu aku bahagia jadi skeptik. Bring my guard up. Always tell myself to not believe anything within sight. Because nothing is ever as it seems.

Tapi aku tak bodoh utk meng-qurankan yang ini, mem-biblekan itu, menghalalkan ini, mengharamkan itu.

Baca semua.
Ada otak, sintesis dan bina hipotesis.


Dan mungkin kerana aku banyak membaca (tak kiralah manusikrip bertulis atau bacaan aku adalah dari observasi). Aku belajar untuk hormat apa yang orang baca. Semua orang ada hak untuk apa yang dia baca.

Because, at the end of the day,

Orang cuma baca APA yang dia nak baca.
Dengar APA yang dia nak dengar.
Nampak APA yang dia nak nampak.

Kita mungkin sedang baca satu artikel yang sama.

Tapi kita baca, dengar dan nampak lain2 sebenarnya.

Jadi,

Apa yang paling manusia adalah,
Hormat apa yang sesama manusia lain baca, dengar dan nampak.
Bukan terus bagi-bagi nama macam orang yang lain baca, dengar dan nampak. 



Ni namanya bangsat tak ada mak bapak.

Politik,
Politik juga.
Mulut tu jaga.

Dalam kubur takde soalan "ma parti ka?"


_NZ_


By : FynnJamal

No comments:

Post a Comment