Al-Kisah Beruk


Untuk sama-sama kita fikir. Kalau kita fikir zoo, maka zoo lah dia. Kalau fikir mana yang tak elok maka tak eloklah dia. Maksud yang tersirat dalam gambar tu kalau fikir negatif maka negatif lah dia tapi kalau fikir positif maka positif lah dia. Sebab tu kita kena buka minda. Buka seluas-luasnya. Kita tak boleh memandang bias terhadap sesuatu perkara. Saya ambil contoh, Sejarah. Kita mesti pandang kebelakang, ambil iktibar baru boleh maju ke hadapan. Kita tengok beruk kita hina dia. Tapi kalau tengok betul-betul dia sanggup kerjasama naik motor maju ke depan. Ada yang tua, muda dan anak-anak. Itu namanya perpaduan. 

Adat jadi manusia, kalau kita rasa kita bagus, ada orang yang lagi bagus daripada kita. Kalau kita rasa kita tau semua benda, kena ingat yang orang lain ada cara untuk tahu semua benda. Kalau kita rasa tak boleh nak menghormati hati dan perasaan orang lain, kena ingat yang kita duduk dalam komuniti. Harini hari kamu, esok lusa hari orang lain pula. Bila dah berfikiran "hak orang hak aku, hak aku tetap hak aku" lebih baik pergi duduk dalam hutan. Oh, on the second thought, kamu duduk dalam hutan pun tak layak sebab penghuni hutan juga tahu untuk hidup bertolak-ansur dan kerjasama.

Sekian. Sama-sama kita fikirkan :)

Kasih, sayang, rindu,
_NZ_

No comments:

Post a Comment